
WASIL yang bererti perantara benar-benar teruja untuk membawa anda mengembara ke dunia keilmuan dan pemikiran tokoh-tokoh hebat Islam terutamanya dari belahan bumi Parsi. Di laman sesawang ini, kami cuba menyajikan terjemahan tinggalan berharga para tokoh pemikir Islam yang telah membuka horizon pemikiran umat dan menggegarkan dunia di zamannya melalui ketajaman pemerhatian dan kehalusan mantik yang bersendikan pandangan alam Islam yang murni.
Kita akan menjelajahi konsep-konsep sosial, politik, etika, agama serta meneroka polemik dan isu yang timbul dalam lingkungan umat dari kerangka Islam yang diperkemaskan melalui pemikiran tokoh seperti Syahid Muthahari, Dr. Ali Syariati, dan ramai lagi.
WASIL diharapkan mampu menjadi jendela yang memperlihatkan ketinggian khazanah keilmuan Islam dengan memberi pengalaman wacana ilmiah yang unik dan menarik kepada semua pelayarnya. Semoga harapan ini diperkenankan oleh-Nya.
